Keadilan sosial dan ekonomi kunci kepada integrasi nasional - analogi perangai kera
Snapshot di atas merupakan sebahagian jawapan balas Cik Mistree dalam dialog maya kami. Saya katakan jika orang Semenanjung boleh dan telah jadi mufti Sabah, mengapa tiada orang Sabah dilantik jadi mufti di mana-mana negeri di Semenanjung? Mengapa tiada orang Sabah yang pernah jadi mufti Selangor atau Kedah misalnya? Maka dijawab oleh Cik Mistree seperti di atas.
Jawapan itu mengingatkan saya kepada satu perumpamaan berbentuk cerita pendek yang dikongsikan oleh rakan sepengajian saya dalam satu majlis ta'lim. Ketika itu saya sedang menuntut di sebuah IPTS di Melaka. Kata kawan saya, kera adalah satu makhluk berakal pendek yang tidak tahu nilai keadilan sosial dalam masyarakat. Bagi kera, "makanan orang lain adalah makanan aku juga, tapi makanan aku hanya untuk aku saja". Ia mahu makhluk lain berkongsi kepentingan dengannya tapi ia tak mahu kongsi kepentingannya dengan makhluk lain.
Tidak hairanlah jika kera selalu merampas makanan dari tangan manusia yang sedang leka duduk santai berkelah atau berekreasi dekat habitat mereka. Tidak hairan jugalah jika kera sering menceroboh rumah-rumah manusia untuk mencuri makanan dan membuatkan rumahnya bersepah sehingga menyusahkan tuan rumah. Tetapi pernahkah kita lihat kera menghulurkan makanannya kepada manusia atau sesama mereka atas semangat perkongsian. Mana pernah, kera hanya asyik berkelahi merebut makanan sahaja.
Kepada Cik Mistree, saya harap tolonglah jangan jadi seperti kera yang tidak pernah kisah dari mana datang sumber makanannya. 20 tahun membesar di Sabah, hirup udara Sabah, belajar di sekolah sana dan makan sumber makanan yang ada di sana, tapi tak mahu mengakui nikmat yang telah dikecapi. Tak perlu berterima kasih pun, kerana memang sifat manusia jarang menghargai nikmat yang diberi. Seperti nikmat pemberian Sabah kepada Semenanjung melalui keuntungan minyak, gas dan sebagainya yang jarang benar diucapkan terima kasih oleh mereka yang paling banyak menikmatinya.
Saya juga tertanya-tanya dalam ramai2 ulama dan guru agama di Kedah itu, takkan tak seorang pun pernah mengajarkan Cik Mistree tentang pentingnya keadilan sosial untuk kesejahteraan umat dan masyarakat? Bukankah Islam itu mewajibkan kekayaan dan kemakmuran itu dibahagikan seadil mungkin di kalangan rakyat jelata tanpa mengira kaum dan wilayah? Kalau belah sana lebih ramai orang kaya dan lebih maju tapi dapat royalti 95%, sini dapat royalti 5% walaupun ramai miskin dan ketinggalan, adil ke?
Kalau belah sana gaji minimum RM900, belah sini RM800, adil ke? Kalau belah sana boleh masuk sini ramai2 jadi guru, mufti, polis bagai, tapi belah sini susah nak masuk sana atas kapasiti yg sama, adil ke? Khalifah-khalifah Islam dulu-dulu pun tak pernah bolot kekayaan wilayah-wilayah seberang yang diperintah oleh khilafah mereka. Setakat kutip zakat, jizyah, kharaj dan lain2 jenis cukai yg wajar dikutip sebagai ulul amri. Berbeza dengan jawapan di atas dan penulisan Cik Mistree yang jelas mempamerkan mentaliti "negeri kau negeri aku juga, tapi negeri aku negeri aku saja". Siapa yang ajar ini? Ulama Kedah?

Kalau orang Sabah nak pakai hujah Cik Mistree, kami boleh cakap buat apa nak ambik guru2 Semenanjung, ramai orang Sabah ada kelayakan utk jadi guru. Pemegang ijazah, diploma, STPM, MCE, HSC semua ada. Buat apa nak ambik pasukan keselamatan dari Semenanjung, ramai je pemburu2 yang handal gunakan senapang, bakakuk, handal menjejak sasaran gunakan anjing dan deria sendiri. Tapi orang Sabah tak bercakap begitu. Mereka tetap terima kehadiran guru2 dan lain2 kakitangan dari Semenanjung. Cuma mereka minta tingkatkan pengambilan anak2 Sabah supaya nisbahnya lebih seimbang, tidak berat sebelah macam sekarang.
Ini juga jawapan yang membuatkan saya tertawa sendiri. Kerana tidak dapat memberikan jawapan yang berakal kepada komen-komen yg saya utarakan, maka digunakanlah taktik memperkecilkan si pengata DAN kerakyatannya, bukan memerhatikan apa yang dikata. Entah apa agaknya yg akan difikirkan oleh ulama dan tok2 guru negeri Cik Mistree jika mereka tau adanya anak didik mereka yang bermentaliti seperti ini. Memperjuangkan keadilan dan kesama rataan hanya untuk diri sendiri, tapi tidak untuk kelompok lain yang juga perlukan keadilan. Macam mana nak capai integrasi nasional kalau masih ada rakyat Malaysia yang berfikiran sebegini? Islam pulak tu, ish, malu, malu.
Namun saya wajib berterima kasih kepada Cik Mistree kerana telah menambah warna warni kehidupan saya dengan memperkenalkan ragam Cik Mistree kepada saya. Jika tidak membaca tulisan Cik Mistree, mungkin sampai sekarang saya tak akan buat blog ini. Apa-apa pun, segala yang berlaku ada hikmahnya dan tiada ciptaanNya yang sia-sia. Semuanya dijadikan atas tujuan yang Dia sendiri tahu. Moga Allah merahmati hamba-hambaNya yang ikhlas dan bersyukur.