Malay Dilemma dan Sabah Dilemma
Tun Dr. Mahathir dalam bukunya yang terkenal telah berjaya menampilkan pandangannya bahawa orang-orang Melayu harus terus mendapat keistimewaan tertentu berbanding orang-orang bukan Melayu untuk tempoh yang panjang. Salah satu sebab utamanya adalah kedudukan ekonomi orang-orang Melayu yang jauh ketinggalan berbanding kedudukan ekonomi orang-orang bukan Melayu. Hingga sekarang pun ekonomi negara ini sebahagian besarnya masih dikuasai oleh kaum bukan Melayu. Situasi yang sama juga sebenarnya masih wujud di Sabah sejak pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963 hingga sekarang. Walaupun Sabah kaya dengan hasil bumi, penguasaan ekonomi Anak Negeri Sabah masih jauh ketinggalan berbanding penduduk lain yang tinggal dan bekerja di Malaysia dan penduduk lain yang tinggal dan bekerja di Sabah. Misalnya dalam sektor carigali minyak dan gas yang merupakan nadi utama ekonomi Malaysia, sebahagian besar hasilnya (95%) disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Sabah pula mendapat pulangan yang sedikit (5%) sahaja setiap tahun.
Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah memberikan hak eksklusif kepada Petronas, sebuah entiti Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan keseluruhan usaha carigali minyak dan gas di seluruh negara termasuk Sabah. Berapa ramai anak Sabah yang memegang jawatan penting dalam entiti ini? Pastinya sangat sedikit dan tidak sepadan langsung dengan nilai kekayaan yang disedut dari negeri itu. Keadaan ini diburukkan lagi apabila Labuan diambil oleh Kerajaan Persekutuan tanpa sebarang pampasan kepada Kerajaan Negeri. Langkah ini telah menjadikan kesemua telaga minyak di sekitar Labuan milik penuh Kerajaan Persekutuan seterusnya mengurangkan nilai royalti minyak yang dibayar kepada Kerajaan Sabah.
Bukan sahaja sektor minyak dan gas, sektor-sektor ekonomi lain juga turut dikuasai oleh entiti luar Sabah. Banyak ladang-ladang komoditi luas yang dimiliki oleh syarikat-syarikat luar Sabah seperti Sime Darby Plantation, TH Plantation, FELDA, FELCRA, RISDA dan sebagainya. Begitu juga dengan sektor janaan tenaga letrik dimonopoli Lembaga Perkhidmatan Elektrik Sabah (SESB) yang dimiliki 80% oleh Tenaga Nasional, sebuah entiti yang sebahagian besar pekerja dan pemimpinnya adalah non-Sabahan. Sektor perkapalan dan industri marin juga dikuasai entiti luar Sabah melalui Dasar Kabotaj yang turut menyebabkan harga barangan di Sabah menjadi lebih mahal berbanding di Semenanjung. Bahkan perkhidmatan awam persekutuan di Sabah pun sebahagian besarnya dikuasai oleh non-Sabahan kerana ramai guru, anggota keselamatan dan pegawai Kerajaan dari luar Sabah ditempatkan di negeri itu. Jawatan-jawatan penting untuk kemaslahatan Sabah seperti Mufti Negeri dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam Sabah juga pernah atau sering diberikan kepada mereka yang berasal dari luar Sabah.
Keadaan ini mewujudkan ketidak seimbangan sosioekonomi dan kuasa pentadbiran yang ketara antara Sabah dengan Semenanjung di mana banyak peluang ekonomi dan pekerjaan, khususnya sektor awam dan GLC yang tidak dinikmati oleh anak negeri Sabah. Situasi-situasi di atas telah menyebabkan Anak Negeri Sabah mempunyai kedudukan ekonomi yang terkebelakang berbanding penduduk lain di Sabah. Layanan ini sesungguhnya sangat tidak sepadan dengan status negeri Sabah selaku salah sebuah penyumbang kekayaan terbesar kepada Malaysia. Kepentingan ekonomi Sabah kepada Malaysia diakui tokoh-tokoh besar negara seperti Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, DS Anwar dan lain-lain sehingga Sabah digelar 'fixed deposit' oleh Kerajaan Persekutuan. Sabah juga penting dari segi politik kerana tiada mana-mana parti politik yang boleh meraih kuasa di Malaysia tanpa mendapat sokongan pengundi-pengundi Sabah.
Namun kepentingan Sabah kepada Malaysia tidak tergambar melalui kedudukan ekonomi rakyat Sabah yang masih jauh ketinggalan berbanding rakyat negeri-negeri lain. Integrasi Nasional tidak akan tercapai selama-lamanya selagi mana kelompok masyarakat dalam satu wilayah tidak mendapat manfaat ekonomi yang setara dengan wilayah yang lain. Keadaan ini memang dirasai di Sabah yang menerima gaji pertengahan yang lebih rendah berbanding di Semenanjung, seperti yang Cik Mistree sendiri nyatakan:
Dengan gaji pertengahan yang sangat rendah berbanding Semenanjung, sudah tentulah kedudukan ekonomi Anak Negeri Sabah jauh terkebelakang berbanding mereka yang bukan Anak Negeri Sabah, kecuali mereka yang bekerja dalam sektor Kerajaan yang jumlahnya amat sedikit secara relatif berbanding penjawat awam Semenanjung. Anehnya, gaji pertengahan yang rendah ini berlaku tatkala Sabah menikmati pertumbuhan KDNK yang tinggi dan pesat:
Adalah sangat pelik dan memusykilkan bagaimana sebuah negeri yang mempunyai pendapatan per kapita yang sangat tinggi (RM19,010) hanya mampu menawarkan gaji pertengahan yang sangat rendah, RM577 sahaja kepada penduduknya - lebih rendah daripada gaji pekerja asing di Semenanjung. Jika majikan di Sabah tidak berkeupayaan membayar gaji yang lebih tinggi berbanding sekarang, maka tentulah disebabkan mereka belum mencapai tahap keuntungan yang memungkinkan sedemikian.
Jadi ke mana perginya sebahagian besar KDNK Sabah yang berjumlah RM44.4 billion itu? Ke mana perginya hasil ekonomi Sabah yang berkembang pesat sehingga rakyat Sabah harus bersyukur dapat menonton angka-angka besar dalam laporan ekonomi negeri mereka? Hakikatnya sebahagian besar hasil ekonomi itu tidak mengalir ke dalam poket mereka tetapi mengalir keluar dari negeri mereka kepada entiti-entiti ekonomi yang berpusat di Semenanjung. Aliran keluar KDNK Sabah ini telah mewujudkan jurang ekonomi yang sangat ketara di negeri ini sehingga gaji pertengahan jauh lebih rendah berbanding pendapatan per kapita.
Realitinya, jika orang-orang Melayu memerlukan DEB dan status bumiputera untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka, maka Anak Negeri Sabah juga sangat memerlukan 'kedudukan istimewa' dalam ekonomi setempat. Laungan sebahagian pemimpin pembangkang dan Kerajaan agar meningkatkan pengambilan anak-anak Sabah dalam Kerajaan Persekutuan, GLC dan program-program bantuan keusahawanan adalah rentetan daripada realiti ini. Aliran keluar KDNK ini harus dihentikan dan dikembalikan kepada rakyat Sabah yang lebih memerlukan. Ringkasnya, rakyat Sabah sangat perlukan perubahan drastik bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan autonomi mereka.
Oleh itu, sebarang seruan untuk mengurangkan apa juga bentuk 'keistimewaan' yang diperuntukkan kepada Anak Negeri Sabah tidak patut dikemukakan pada masa sekarang. Seruan sedemikian hanya wajar dikemukakan setelah tercapainya keadilan dan keseimbangan sosial serta ekonomi di seluruh negara. Jika ada pun cadangan sedemikian, Perkara 161A dan 161E tidak membenarkannya tanpa kebenaran Yang DiPertua Negeri Sabah dan DUN Sabah.
Dengan kata lain, DEB, status bumiputera dan 'kedudukan istimewa' Anak Negeri Sabah (dan Sarawak) mesti kekal serentak atau dihapuskan serentak. Tidak boleh ada mana-mana pihak yang mahu menghapuskan sebahagian 'safeguard' ini dan mengekalkan sebahagian lagi. It is either be all or end all.

No comments:
Post a Comment